Saturday 3 December 2011

KU RINDU AKAN NYA

Segala puji bagi ALLAH, Selawat dan salam buat junjungan besar, Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat serta sekalian anbiya'

Pada 2 disember 2009 baba pulang ke rahmatullah,, dan semalam genablah 2 tahun beliau meninggalkan kami sekeluarga buat selama2nya - Al-Fatihah.



Sesungguhnya ku terlalu merindui baba tapi tak suka nak pikir benda-benda yang menyedihkan sebab hatiku sangat rapuh...

Nantilah bila ku diberi kekuatan akan ku ceritakn kenangan bersama arwah baba...

Kepada sahabat2 semua, peluk & ciumlah abi antum selagi mereka masih ada dan selagi mana korang di beri peluang,, kerana Allah itu amat berkuase menentukan sesuatu,, Kehilangan sangat memeritkan.. tak dapat ditukar ganti... kerana mereka itulah satu-satunya abi yang kita ada di dunia ini...


dan bagi sahabat2 yg senasib dgn ku,, jgn la lupa jasa mereka,, dan tanggungjawab antum dgn mereka maseh ada,, kerana antum la aset bagi mereka sejak antum dlm kandungan sehingga mana nyawa antum maseh dlm jasad,,

ingtlah,, ketika ini mereka sgt mengharapkan doa2 antum dan sedekah Al fatihah daripada antum,,

ingtlah,, dulu semasa mereka membesarkan antum,, mereka sanggup berjaga siang malam demi melayani kerenah antum,, mereka kerja dari pagi hingga petang demi menyediakan sesuap nasi untuk antum adik beradik,, kdg2 mereka sanggup mengenepikan keperluan mereka hanya demi ingin melihat antum gembira,, mereka sanggup berlapar dan menunggu sisa makanan antum utk dijadikan alas perut mereka ketika antum kecil..

ingtlah semua jasa mereka,,, andai antum ingin menilai dan membilang semua jasa mereka,, nescaya tak akan terbilang,,


ingtlah wahai sahabat,, kita semua ini hamba kepada pencipta kita,,
ajal maut bkn dalam sangkaan kita,, mungkin esok,, mungkin lusa,, mungkin minggu dpn,,

ingtlah wahai sahabat,, suatu hari nanti kita akan duduk di tempat mereka,, akan mengambil alih tugas mereka,, tanggungjawab mereka,, adakah antum nak di sakiti oleh anak antum sendiri,, darah daging antum sendiri,,,

entri kali ini bkn ku tujukan pada sesiapa,, tapi utk memuhasabahkan diri ku ini,, yang semakin hari semakin lupa akan tanggungjawab yang berada di bahu ku,, bkn sahaja sebagai seorang anak,, bahkan seorang hamba kepada penciptaNYA,,

No comments:

Post a Comment