Friday 7 October 2011

minGGU-minGgu exaM,,

Segala puji bagi ALLAH, Selawat dan salam buat junjungan besar, Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat serta sekalian anbiya'


alhamdulillah.. selesai sudah exam untuk 5 madah daripada 8 madah..
entah la.. hatiku rasa bagaikan sudah merdeka kecil,,mungkin subjek yg agak berat sudah selesai kut..


bukan tu yang ingin ku coretkan disini.. tapi berkenaan perubahan diriku dalam waktu2 exam ni,,, ibadatku,,, amalanku,,, pergaulanku,,, percakapanku,, mungkin berbeza dari sebelum'y...


Ya Allah,,, ampuni dosa hamba mu ini,,,,
kepada sahabat2 ku,,, maafkan diriku andai kata2 ku mengguris hatimu,,, sungguh aku tak berniat utk menyakitimu,, tp mungkin itu cara yang sudah ku biase lakukan untuk bergurau dan menghilangkan stress yang bertakuk dlm fikiran ku,,


walau apa pun aku bersyukur kerana masih diberi peluang untuk menikmati nikmat yang paling besar,, iman dan islam,,, nikmat ni la menjadi tunjang kekuatanku,,,,
terima kasih ya Allah...


sambil bukak2 blog2 orang,, aku ade terbaca satu puisi ni,,, entah la,, kalau antum semua baca mungkin mcm puisi2 yang biasa.. tapi,, bila aku yang baca,, aku dpt rasa puisi ni sangat dekat dengan hidup ku,,,aku tinggalkan antum dgn puisi tu deh!!



Ayah,
Setiap kali memandang wajahmu
Hati ini begitu bersyukur
Hati ini begitu bahagia
Kedapatan seorang ayah sepertimu.

Ayah,
Kehidupanku serasa bermakna
Dengan titik peluhmu
Aku dan adik-adik mengenali dunia
Dengan kasih-sayangmu
Aku dan adik-adik mengenali bahagia
Dengan ilmumu
Aku dan adik-adik mengenali Allah Yang Maha Esa.

Ayah,
Aku tahu susah payahmu
Aku tahu deritamu
Aku tahu budimu
Semuanya kau persembahkan
Tanpa sedikit pun rungutan
Tanpa sedikit pun kemalasan
Demi membela diri kami sekeluarga.

Ayah,
Jutaan kasih dan penghargaan ku hulurkan
Buatmu yang sentiasa jerih dan perit
Sanggup berkorban segalanya
Hanya kerana keluarga tercinta.

No comments:

Post a Comment